Di MES Advisory Solutions, kami memahami beban kewangan yang dihadapi oleh anda dan keluarga. Sama ada anda menghadapi hutang yang meningkat, berusaha gigih untuk mencukupi keperluan, atau sekadar mencari panduan untuk menjamin masa depan kewangan yang lebih stabil, kami sedia membantu anda.
Keyakinan kami terhadap pentingnya pilihan pembiayaan yang sesuai dan berkesan telah mendorong kami untuk lebih fokus dalam mempercepatkan proses pembiayaan bagi peminjam, sama ada pinjaman peribadi, kenderaan, atau perumahan.
Untuk mencapai visi ini, kami telah memperoleh pengalaman yang luas dan ilmu yang mendalam bagi menguasai pelbagai pilihan pembiayaan, termasuk pemahaman menyeluruh tentang risiko pembiayaan dan faktor-faktor khusus yang telah menyumbang kepada kejayaan setiap pembiayaan pelanggan kami.
Misi kami adalah untuk menjadi entiti yang dipercayai dalam perjalanan kewangan pelanggan kami, menawarkan nasihat pakar, penyelesaian inovatif, dan sokongan yang teguh untuk membantu mencapai matlamat kewangan dan aspirasi mereka.
Membangunkan produk dan perkhidmatan yang meringkaskan proses kompleks, mengurangkan rintangan terhadap kejayaan, dan menjadikan ia lebih mudah bagi pelanggan kami untuk mencapai matlamat mereka.
Kami mempunyai visi untuk sebuah penyelesaian yang mudah melibatkan kewujudan dunia di mana setiap orang dapat menyelesaikan sebarang masalah mereka dengan cepat dan mudah, tanpa perlu membazir tenaga dan sumber mereka
Kami beraspirasi untuk mengubah masa depan kewangan pelanggan kami dengan menyediakan mereka dengan sumber, panduan, dan kepakaran yang diperlukan untuk menempuh cabaran, meraih peluang, dan mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka.
Kami menyediakan servis professional yang sangat peribadi, bersesuaian dengan situasi unik kewangan dan keperluan anda, melalui pakar kewangan yang terbaik dalam bidang mereka
Kami yakin dalam menjalin budaya perkongsian ilmu, di mana kami menawarkan sesi peribadi dan berkumpulan untuk kami menyebarkan maklumat kepada pelanggan
Kami mengutamakan proses memahami isu yang pelanggan hadapi, sebelum menawarkan perkhidmatan dan bimbingan kami yang bertujuan untuk membantu anda dan keluarga mencapai matlamat kewangan yang ideal
Fahami situasi kewangan dan tingkatkan kadar kejayaan pembiayaan anda
Untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, kami mengambil pendekatan yang melibatkan penyelarasan proses permohonan pelanggan. Selain itu, kami sentiasa berusaha untuk menambahbaik dengan secara aktif mencari dan menghargai setiap maklum balas dari pelanggan kami
Kami berpegang teguh kepada model perniagaan yang telus dan memfokuskan layanan pelanggan secara saksama
Kami melengkapkan profil anda dan membantu memilih bank yang sesuai untuk membuat permohonan
Kami memahami kriteria dan keperluan setiap bank di seluruh Malaysia, dan kami berunding untuk mendapatkan kadar bunga terendah untuk anda
Copyright 2023 © All Right Reserved Design by MES Advisory